a

Sabtu, Mei 15, 2010

Minggu Ketiga Pasar Malam Balok Permai

Pada minggu ketiga kesesakkan lalulintas untuk keluar masuk ke perumahan Balok Permai diperingkat awal masih lagi terkawal, terutama jalan keluar masuk depan pondok SRS. Kehadiran seketika pihak Penguatkuat MPK sebagai pemantau sedikit sebanyak memberi kesan kepada pengunjung yang ingin "parking" kenderaan sesuka hati.

Tetapi ketika hampir senja sehingga kemalam, kesesakkan telah berlaku di hadapan jalan utama. Beberapa buah kenderaan pengunjung telah "parking" di tengah jalan, menghalang dan menutupi sebelah jalan utama untuk keluar masuk ke perumahan Balok Permai. Kereta yang "parking" di tengah jalan utama, telah menutupi satu lorong jalan keluar masuk ke perumahan ini. Tiada siapa pun yang ingin mengawal kesesakkan tersebut mahupun MPK atau pihak jawatankuasa Penjaja Pasar Malam itu sendiri.

Tiada ulasan: