a

Sabtu, Mei 15, 2010

Keadaan Laluan Ke Balok Permai Semasa Operasi Pasar Malam ( Hari Pertama )

Hari pertama operasi pasar malam di kawasan perumahan Balok Permai, kita lihat laluan utama untuk keluar masuk ke perumahan ini agak begitu sesak disebabkan keadaan "parking" kenderaan yang tidak terkawal terutama motosikal. 

Pihak MPK yang berjanji sebelum ini untuk menempatkan beberapa orang pegawai penguatkuasa pada hari tersebut bagi mengawal kesesakkan namun tidak pula kelihatan. Pihak KRT telah membuat adaun pada pegawai yang bertanggungjawab dengan operasi ini supaya memperbaiki dan mengatasi pemasalahan kesesakan ini.Dan beliau telah memberi jaminan untuk mengatasi kesesakan pada minggu yang akan datang. Sebagai langkah altenatif pihak MPK telah meratakan tanah bersebelahan jalan Balok Permai untuk dijadikan tempat "parking" kenderaan. Semua gambar di atas adalah hari pertama pasar malam 
Minggu yang kedua operasi pasar malam berjalan dengan lancar dan keadaan laluan agak terkawal.Beberapa orang pegawai penguatkuasa MPK telah datang untuk mengawal kesesakkan, tetapi keadaannya masih tidak memuaskan sehinggalah dibantu oleh beberapa orang penduduk tempatan dan kesesakkan berjaya dikawal.

Tiada ulasan: