Gambar sekitar Program gotong royong bersama KRT Balok Permai, Peniaga Pasar Malam dan Peniaga Pasar Tani membersih tapak peniagaan pasar malam di kawasan Balok Permai pada hari Sabtu 19/03/2011.
Sabtu, Mac 19, 2011
Selasa, November 02, 2010
Renungan Untuk Seminit Sahaja.
Seminit Sahaja
Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan;
Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan;
tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!
Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun
betapa singkatnya kalau kita melihat filem.
betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat
tanpa harus berfikir panjang-panjang.
Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.
Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.
Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid
Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.
Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada
saat terakhir untuk event yang menyenangkan.
Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.
Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.
Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.
Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau berfikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa.

Betapa kita dapat menyebarkan seribu
kelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun
kalau ada e-mail yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya,
kelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun
kalau ada e-mail yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya,
Maklumat : Dari Email.
Rabu, Oktober 20, 2010
Ahad, Oktober 17, 2010
Mengaktifkan Pasukan Futsal Balok Permai.
BIRO SUKAN yang diketuai oleh Faizul Azman berhasrat untuk menjadikan pasukan futsal Balok Permai lebih aktif lagi. Latihan demi latihan yang dibuat bertujuan mempertingkatkan lagi kekuatan pasukan tersebut, disamping beberapa siri perlawanan telah disertai, bagi menguji sejauh mana kekuatan dan peningkatan prestasi pasukan.
Memandangkan sebelum ini setiap latihan yang dibuat menggunakan padang fulsal yang berbayar. Pihak Ajk Biro Sukan telah bersepakat untuk mengadakan tempat latihan futsal di padang sendiri. Dengan persetujuan pihak jawatankuasa KRT Balok Permai, perbelanjaan membeli peralatan telah dikeluarkan untuk kegunaan tujuan tersebut.
Kerja-kerja membuat sendiri tiang gol futsal oleh pihak ajk biro yang diketuai oleh Faizul Azman (baju coklat bebelang)

Sabtu, Oktober 16, 2010
Anggota SRS {Group Enam}
Bergambar semasa bertugas pukul 3 pagi, di hadapan Pos Kawalan SRS jalan masuk utama ke Perumahan Balok Permai pada 16/10/2010. Salah seorang anggota kumpulan ini adalah diri saya sendiri, dan boleh dikatakan kumpulan ini adalah terdiri dari golongan vateren yang agak berumur antara 40an sehingga 50an.
Rasa tanggongjawab dan keperihatinan sebagai warga penghuni di perumahan ini, terhadap keselamatan agar tidak dicerobohi, telah tertanam dihati kami semua, walaupun kami tidak dibayar sesen pun. Usaha dan iktiar kami telah dilakukan yang termampu, namun kami akur segala ketentuannya adalah dari Allah SWT.
Kami tidak minta untuk puji atau disanjungi, tapi berilah sedikit rasa hormat pada kami yang bertugas bersengkam mata di sini, terutama semasa melalui sekatan di pintu masuk ke perumahan ini. Walaupun kami tahu anda adalah penghuni di sini. Kami dapat rasakan ada sebilangan kecil saja, yang sengaja menunjuk keegoan yang tidak bertempat. Sedarlah...tindakan yang tidak bijak ini tidak akan memberi apa-apa makna pun terhadap kumpulan rondaan SRS, Namun pada kami itu adalah sebahagian daripada cabaran yang mana sedikit pun tidak akan melemahkan semangat pengorbanan kami.
Anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS)Kumpulan 6 diketuai oleh Ibrahim bin Hassan ( dua berdiri di belakang sebelah kanan). Ahli kumpulan tersebut (berdiri dihadapan sebelah kanan) Gambar 1 (di atas) Wan Muhammad Rahmat b. Wan Hashim. Gambar 2 (di bawah) Abdullah Sabil b. Abu Bakar, Rosli b. Ahmad, Abdullah b. Mat Ali, Abas b. Omar, Mazlan b. Nekmat, (berdiri belakang sebelah kanan) Ismira@Mohd Ismira, Ibrahim b. Hassan, Wak Nazri, Isa b. Awang, Mohd Sukri b.Ismail. Bermotor Saidi b. Yusof. Seramai 13 orang anggota semuanya seorang tidak hadir Zawawi b. Othman.
Khamis, Oktober 07, 2010
Program Jamuan Hari Raya Aidil-Fitri 2010
Program Jamuan Hari Raya Aidil-Fitri anjuran KRT dan penduduk Balok Permai telah diadakan pada hari Ahad 26/09/2010 di perkarangan hadapan Surau Balok Permai.Penyertaan dan sambutan penduduk sangat mengalakkan. Hadir sama pada majlis jamuan hari raya kali ini ialah Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Pahang Puan Fairojibanu Zainal Abidin (bertudung kuning) dan Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah Kuantan Puan Wan Shazatul Aifa Wan Mohd Faisal (kiri). Kain rentang yang dipasang di persimpangan jalan keperumahan Balok Permai sebagai hebahan kepada penduduk taman. Pengerusi Ahmad Sufian(kanan berbaju putih)Puan Zainon,Saharuddin dan Timb. Pengerusi Norhisham ditugaskan sebagai penyambut tetamu. Para tetamu sedang menjamu selera dengan menu utama hari itu nasi minyak gulai kawah dan beberapa menu lain seperti nasi himpit,ketupat pulut,tapai pulut dan kueh-mueh. Para petugas yang terlibat dibahagian memasak dan penyediaan makanan yang dibuat secara gotong royong diketuai oleh saudara Azali. Saudara Azali(membongkok) memasukkan perencah nasi minyak. Petugas bahagian penyediaan dan hiasan tempat. Petugas bahagian mengatur hidangan dan pelayan. Petugas-petugas kepenatan dan berehat setelah hampir program tamat pukul 3.00 petang setelah bermula pukul 12.00 tengahari. Akhir sekali penghargaan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program kali ini. <
Langgan:
Catatan (Atom)