a

Sabtu, Oktober 16, 2010

Anggota SRS {Group Enam}


Bergambar semasa bertugas pukul 3 pagi,  di hadapan Pos Kawalan SRS jalan masuk utama ke Perumahan Balok Permai pada 16/10/2010. Salah seorang anggota kumpulan ini adalah diri saya sendiri, dan boleh dikatakan kumpulan ini adalah terdiri dari golongan vateren yang agak berumur antara 40an sehingga 50an.

Rasa tanggongjawab dan keperihatinan sebagai warga penghuni di perumahan ini, terhadap keselamatan agar tidak dicerobohi, telah tertanam dihati kami semua, walaupun kami tidak dibayar sesen pun. Usaha dan iktiar kami telah dilakukan yang termampu,  namun kami akur segala ketentuannya adalah dari Allah SWT.  

Kami tidak minta untuk puji atau disanjungi, tapi berilah sedikit  rasa hormat  pada kami yang bertugas bersengkam mata di sini, terutama semasa melalui sekatan di pintu masuk ke perumahan ini. Walaupun kami tahu anda adalah penghuni di sini. Kami dapat rasakan ada sebilangan kecil saja, yang sengaja menunjuk keegoan yang tidak bertempat. Sedarlah...tindakan yang tidak bijak ini tidak akan memberi apa-apa makna pun terhadap kumpulan rondaan SRS, Namun pada kami  itu  adalah sebahagian daripada cabaran yang mana sedikit pun tidak akan melemahkan semangat pengorbanan kami.

Anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS)Kumpulan 6 diketuai oleh Ibrahim bin Hassan ( dua berdiri di belakang sebelah kanan). Ahli kumpulan tersebut (berdiri dihadapan sebelah kanan) Gambar 1 (di atas) Wan Muhammad Rahmat b. Wan Hashim. Gambar 2 (di bawah) Abdullah Sabil b. Abu Bakar, Rosli b. Ahmad, Abdullah b. Mat Ali, Abas b. Omar, Mazlan b. Nekmat, (berdiri belakang sebelah kanan) Ismira@Mohd Ismira, Ibrahim b. Hassan, Wak Nazri, Isa b. Awang, Mohd Sukri b.Ismail. Bermotor Saidi b. Yusof. Seramai 13 orang anggota semuanya seorang tidak hadir Zawawi b. Othman.

Tiada ulasan: