a

Khamis, Oktober 07, 2010

Program Jamuan Hari Raya Aidil-Fitri 2010

Program Jamuan Hari Raya Aidil-Fitri anjuran KRT dan penduduk Balok Permai telah diadakan pada hari Ahad 26/09/2010 di perkarangan hadapan Surau Balok Permai.Penyertaan dan sambutan penduduk sangat mengalakkan. Hadir sama pada majlis jamuan hari raya kali ini ialah Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Pahang Puan Fairojibanu Zainal Abidin (bertudung kuning) dan Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah Kuantan Puan Wan Shazatul Aifa Wan Mohd Faisal (kiri). Kain rentang yang dipasang di persimpangan jalan keperumahan Balok Permai sebagai hebahan kepada penduduk taman. Pengerusi Ahmad Sufian(kanan berbaju putih)Puan Zainon,Saharuddin dan Timb. Pengerusi Norhisham ditugaskan sebagai penyambut tetamu. Para tetamu sedang menjamu selera dengan menu utama hari itu nasi minyak gulai kawah dan beberapa menu lain seperti nasi himpit,ketupat pulut,tapai pulut dan kueh-mueh. Para petugas yang terlibat dibahagian memasak dan penyediaan makanan yang dibuat secara gotong royong diketuai oleh saudara Azali. Saudara Azali(membongkok) memasukkan perencah nasi minyak. Petugas bahagian penyediaan dan hiasan tempat. Petugas bahagian mengatur hidangan dan pelayan. Petugas-petugas kepenatan dan berehat setelah hampir program tamat pukul 3.00 petang setelah bermula pukul 12.00 tengahari. Akhir sekali penghargaan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program kali ini. <

Tiada ulasan: