PASAR TANI bawah kelolaan FAMA Negeri Pahang, menjalankan perniagaannya pada hari Sabtu di tapak pasar malam di kawasan Balok Permai telah masuk minggu kedua, bermula pukul 4 petang dan berakhir 9 malam.
Kami Jawatankuasa KRT Balok Permai melahirkan rasa puashati dengan cara perlaksaan kawalan lalulintas semasa operasi Pasar Tani dijalankan. Mereka tetap menjaga keselesaan penduduk tempatan disegi kawalan lalulintas kerana mereka menganggap adab mencari rezeki ditempat orang. Petugas-petugas yang menjalankan kawalan tersebut, merupakan dari kalangan para peserta pasar tani itu sendiri, yang ditugaskan secara bergilir-gilir.
Mereka telah melantik dikalangan mereka dengan membahagikan tugasan oleh pihak jawatankuasa pasar tani dan dipantau oleh pihak Fama sendiri. Keadaan kawalan nampak teratur dan tidak ada kesesakkan kenderaan yang “parking” sesuka hati sehingga menghalang laluan keluar masuk penghuni Balok Permai ini. Mana-mana kenderaan pengunjung yang datang untuk membeli di pasar tani akan diarah oleh petugas supaya memasuki ruang “parking” yang telah disediakan bersebelahan tapak pasar tani tersebut. Jumlah pengunjung yang datang ke Pasar Tani ini boleh dikatakan sama dengan jumlah pengunjung pada hari pasar malam iaitu hari Rabu. Disebabkan kawalan yang teratur kita tidak nampak keadaan pengunjung yang bersesak-sesak dengan “parking” kenderaan yang tidak teratur. Berbanding dengan perniagaan pasar malam pada hari Rabu, bermula pukul 4 petang dan berakhir pukul 10 malam, kini telah masuk minggu yang ketiga, namun keadaan kesesakkan masih tidak jauh berbeza dari minggu yang sebelumnya.
Pihak jawatankuasa Pasar Longgok lebih mementingkan keuntungan perniagaan dari memikirkan soal kesesakkan lalu lintas dan keselesaan penduduk tempatan. Mereka semata-mata melepaskan tanggungjawab menjaga lalulintas kepada pihak Majlis Perbandaran Kuantan “MPK”, untuk mengawal kesesakkan, dengan alasan mudah sebab mereka telah membayar cukai kepada pihak MPK untuk berniaga di tapak pasar longgok di sini, jadi mereka tidak perlu untuk bersusah payah mengatasi kesulitan yang dihadapi oleh penghuni di Balok Permai. Sedangkan sebelum ini berbagai janji telah mereka berikan, namun segalanya tinggal janji.
Bagi pihak MPK kedatangan mereka paling lama satu jam, hanyalah sekadar untuk menunjuk muka, bahawa mereka telah hadir pada hari tersebut, tapi kesesakkan lalulintas bukan menjadi tugasan mereka untuk mengawalnya, kerana katanya banyak lagi kerja lain yang perlu dilakukan. Pihak KRT akan cuba mencari jalan yang terbaik untuk berbincang dengan pihak yang bertanggungjawab terhadap operasi pasar malam.
Kami akan minta supaya pihak pasar malam mencontohi operasi pasar tani, sekiranya pihak pasar malam ingin meneruskan lagi perniagaan dalam kawasan Balok Permai. Sesungguh tidak ada kerugian ataupun keuntungan yang kami dapat sekiranya pasar malam di kawasan perumahan Balok Permai ditutup. Hanyalah kami perihatin terhadap peniaga-peniaga kecil melayu yang sebangsa dengan kami. Tapi perihatin kah mereka terhadap kami penduduk tempatan di sini. Jangan seperti kata pepatah melayu “ Ibarat melepaskan Anjing yang tersempit akhirnya mengigit tuan sendiri”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan