Saudara Al-Haras bin Abdullah Bendahari KRT Balok Permai dan juga Pengerusi Surau yang telah terlibat dengan satu kemalangan motosikal dengan sebuah Van, hari ini nampaknya sudah semakin beransur pulih.
Beliau yang menunggang motosikal, dalam perjalanan ke tempat kerja telah merempuh sebuah van yang tiba-tiba keluar dari jalan kecil persimpangan ke jalan utama. berhampiran Institut Latihan Perindustrian ( ILP ) Gebeng. Kemalangan tersebut berlaku pada 3 Mei 2010 pada jam 2 petang. Akibat dari kemalangan itu lengan dan pahanya patah dan telah dimasukkan besi. Selama sepuluh hari beliau di tempatkan di wad hospital HTAA Kuantan untuk menjalani rawatan tersebut. Beliau ditemui hari ini kelihatan begitu ceria, menyambut kehadiran sahabat-sahabat dan kenalan yang tidak putus-putus menziarahi beliau di rumahnya di Balok Permai.
Mencerita keadaannya, beliau memaklumkan bahawa kesakitan pada paha yang patah dan dimasukkan besi tempuhhari masih lagi terasa, keadaan ini akan mengambil masa juga untuk pulih kembali Beliau mengirimkan salam dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh warga penduduk Balok Permai dan kepada sahabat-sahabat yang mengenali dirinya atas sokongan, pertolongan dan pengorbanan serta bantuan kalian semua kepada beliau. Katanya lagi, beliau terasa amat rindu untuk bersama-sama dengan kawan-kawan dan sahabat semua seperti mana masa sebelum ini. Bagi kami semua warga Balok Permai dan seluruh sahabat-sahabat yang mengenalinya sentiasa mendoakan supaya keadaannya akan cepat sembuh dan kembali menjalani kehidupan seperti dahulu. Amim……
2 ulasan:
Sebenarnya bukan niat saya untuk meminggirkan berita tentang saudara Al-Haras. Tetapi disebabkan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan. Lagipun tugasan saya terkadang tidak sepenuh masa untuk "up-date" blog KRT ini.Saya mohon maaf kepada mereka yang memberi komen dalam shoutmix tersebut.
test
Catat Ulasan