a

Ahad, Mei 30, 2010

Sinar Harian Edisi Pahang Program Pasar Tani Di Balok Permai.

Kami Jawatankuasa KRT Balok Permai merakamkan ucapan Jutaan terima kasih kepada akbar Sinar Harian dan pihak Fama khususnya, yang telah mengeluarkan berita dalam edisi Pahang tentang aktiviti jualan pasar tani di kawasan Balok Permai pada 30 Mei 2010 di halaman berita daerah Kuantan. Peserta Pasar Tani Kawal Lalu Lintas KUANTAN - Peserta Pasar Tani Balok Permai tidak hanya mencari rezeki dengan berniaga di situ tetapi bertanggungjawab menjaga lalu lintas bagi memastikan keadaan terkawal dan pelanggan selesa membeli barangan keperluan. 
 
Pasar tani yang menjalankan operasi perniagaan pada setiap Sabtu bermula jam 4 petang hingga 9 malam di tapak baru itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat. Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Balok Permai, Ahmad Sufian Abdul Rejab berkata, ahli jawatankuasanya berpuas hati dengan pengendalian pasar tani yang sudah beroperasi selama dua minggu. “Kami berpuas hati kaedah pelaksanaan kawalan lalu lintas sentiasa terkawal ketika pasar tani beroperasi,” katanya di sini semalam. Beliau turut memuji usaha peniaga yang tidak hanya mencari rezeki di kawasan itu tetapi memahami kesibukan lalu lintas dan bersedia membantu pelanggan. 

Setiausaha Jawatankuasa KRT Balok Permai, Abdullah Sabil Abu Bakar pula bersetuju dengan kawalan lalu lintas yang menugaskan peserta sendiri secara bergilir-gilir dengan pemantauan pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama). Katanya, kenderaan pelanggan diarahkan petugas memasuki ruang letak kereta yang disediakan bersebelahan tapak pasar tani sekali gus lebih teratur dan tidak mengganggu penghuni kawasan perumahan. 

Pengerusi Jawatankuasa Pasar Tani Balok, Tengku Abas Tengku Awang berkata, kerjasama di antara jawatankuasanya bersama KRT dan Fama membantu mengatasi masalah berkenaan. “Kita memerlukan kerjasama semua pihak bagi memastikan perjalanan pasar tani ini kerana dapat memudahkan penduduk berbelanja di tempat yang lebih murah dan barangan segar,” katanya. Katanya, pihaknya akan memberi perhatian serius terutama dalam aspek keselamatan lalu lintas, kebersihan dan peraturan lain bagi memastikan pasar tani itu dalam keadaan bersih dan teratur. 

Pegawai Fama Daerah Kuantan, Ahmad Nayan berkata, Pasar Tani Balok menunjukkan prestasi baik bukan saja dalam aspek lalu lintas malah nilai jualannya. Menurutnya,nilai jualan pasar tani sekitar Balok meningkat berbanding tahun lalu. “Sehingga April lalu, nilai jualan di Pasar Tani Balok ialah RM531,315 membabitkan 80 peserta dan pelbagai program terus dilaksanakan bagi memeriahkan Pasar Tani Balok bagi menarik lebih ramai pengunjung. Menurut, Fama turut mengadakan promosi jualan barangan segar selain merancang mengadakan pertandingan memasak bersama KRT dalam tempoh terdekat.

Tiada ulasan: