a

Selasa, Jun 08, 2010

Program Bumi Hijau


Lawatan Pegawai Pertanian Daerah Kuantan Encik Irahuddin melihat tamanan sayuran saudara Encik Rasol yang diusahakan.


Penduduk Perumahan Balok Permai, yang telah menyertai Program Bumi Hijau anjuran Jabatan Pertanian Daerah Kuantan, sejak beberapa bulan yang lalu kini mereka telah menikmati hasilnya. Program yang diperkenalkan dan ditanggong sepenuhnya oleh pihak Jabatan Pertanian Daerah Kuantan  mendapat sambutan penyertaan dikalangan penduduk di sini terutama kaum ibu. 
 
Seramai 80 orang telah menyertai program tersebut, yang terbahagi kepada dua peringkat. Peringkat pertama seramai 40 orang manakala peringkat kedua 40 orang juga. 
 
Penanaman sayuran menggunakan pollybag yang diperkenalkan untuk ditanam di kawasan halaman rumah telah dibekalkan sepenuhnya oleh pihak Jabatan Pertanian termasuk benih, tanah, baja  serta peralatannya sekali. Salah seorang perserta yang telah berjaya dalam program tersebut ialah saudara encik  Abdul Rasul bin Tahir yang menyertai program ini diperingkat pertama dulu kini telah membuahkan hasil. 
 
Beliau merupakan seorang yang gigih dan boleh dijadikan contoh dalam mengusahakan tanaman sayuran, walaupun hanya secara sambilan dan dibuat dalam kawasan halaman rumah saja. Kebanyakkan tanamannya tidak ditanam menggunakan pollybag kerana beliau masih mempunyai ruang tanah di kawasan halaman rumah beliau.Tetapi beliau menggunakan benih dan tanah baja yang dibekalkan oleh Jabatan Pertanian.

Tiada ulasan: