a

Isnin, Jun 22, 2009

Penyertaan Program Tempur Tanpa Senjata

Jawatankuasa KRT Balok Permai telah menghantar tiga orang peserta, untuk mengikuti program latihan Tempur Tanpa Senjata (TTS) yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Intergasi Nasional Daerah Kuantan. Program tersebut berlangsung selama tiga hari dua malam bertempat di Rejiman 505, Askar Wataniah Kem Susur Tembeling bermula pada 3 - 5 April 2009. Antara peserta dari KRT Balok Permai yang hadir mengikuti program tersebut ialah Saudara Zulkifli bin Ismail, Saudara Abdullah bin Mat Ali dan Saudara Mohd Herman bin Ibrahim. Mereka adalah ahli jawatan KRT Balok Permai. Tujuan diadakan program tersebut adalah bagi mendedahkan kepada peserta yang mengikuti krusus, tentang langkah pengawalan keselamatan dalam skim rondaan suka rela SRS, di samping itu untuk mengajar pula atau menyampai matlumat yang telah dipelajari semasa krusus tersebut kepada anggota unit SRS lain di taman perumahan ini. Rentetan daripada program tersebut. Satu lagi program yang akan diadakan pada 27 Jun 2009 bertempat di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang Kuantan iaitu latihan menembak. Program tersebut akan diwakili oleh peserta KRT balok Permai yang telah pun mengikuti krusus latihan Tempur tanpa senjata (TTS)tempuhari.

Tiada ulasan: