
Orang yang mempunyai perasaan bahawa dirinya lebih baik daripada orang lain, maka dia masuk dalam golongan orang yang sombong dan bongkak. Merasakan diri lebih baik dari orang lain adalah suatu kebodohan.kita yang tidak patut memandang orang lain dengan pandangan yang rendah. .Islam sangat melarang umatnya bersifat sedemikian.
Dalam hadith qudsi,Allah SWT berfirman maksudnya: "Sifat kebesaran itu selendang-Ku dan Sifat keagungan itu kain-Ku, sesiapa yang ingin merebutnya daripada-Ku, nescaya Ku campakkan ke dalam api neraka."
Sabda Rasulullah SAW: "Orang-orang yang sombong akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seperti semut dalam rupa manusia.mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada."
Sabda baginda lagi maksudnya: "Tidak akan masuk syurga orang yang terdapat di hatinya seberat zarah daripada sifat sombong".
Bertanya seorang sahabat Rasulullah SAW : Bagaimana kalau ada seseorang yang memakai baju dan kasut yang kelihatan indah? maka Rasulullah SWA menjawab: "Sesungguhnya Allah SWT itu indah dan Dia suka kepada keindahan”.
Sifat takbur adalah menentang kebenaran dan sentiasa menghina orang lain. sesiapa yang menganggap dirinya lebih mulia dan bermegah dengan kedudukannya, lalu menghina dan memperkecilkan orang lain, maka itulah orang yang disebut sombong bongkak." Sifat sombong itu sentiasa menyelinap di hati, akan tetapi tanda-tandanya boleh dilihat dari segi tingkah laku seseorang.di antara tanda-tandanya ialah:
*merasa bangga melihat dirinya lebih popular dari orang lain
*suka menonjolkan diri
*suka disanjung di hadapan orang lain
*bergaya dan bersifat angkuh semasa berjalan
*membantah teguran orang lain walaupun nyata berbuat salah
*tidak mengendahkan nasihat orang lain
*merasa dirinya saja betul
*suka memuji-muji diri sendiri
*bermegah-megah dengan keturunan.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:" Sesiapa yang merendahkan dirinya, nescaya Allah akan mengangkatnya. dan sesiapa yang menyombong diri, nescaya Allah akan menghinakannya." tepuk dada tanyalah iman. Wallahualam Bissawaf...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan