Salam untuk semua pengunjung blog KRT Balok Permai. Sebelum saya meneruskan tulisan saya kali ini, Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada semua samaada yang mengikuti blog ini ataupun tidak, atas tulisan saya sebelum ini ada yang agak terkasar dan tidak disenangi oleh pengunjung di sini. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada para pengunjung blog ini atas komen-komen yang diberikan... ada yang membina dan ada yang kurang sesuai untuk di tuliskan.
Tidak dapat dinafikan ada yang positif dan ada pula yang negetifnya. Dalam beberapa tajuk yang saya tuliskan, saya dapati memang ada respon dari pembaca, samaada pembaca setuju ataupun tidak dengan tulisan saya itu, saya menerima komen tersebut dengan hati yang terbuka kerana itu adalah tulisan dari pandangan peribadi saya sendiri. Mungkin ada kekasaran bahasa yang saya gunakan.
Seperti mana komen dari saudara Lrg 1 dalam Shout Mit Chat blog tersebut, memang saya akui,tapi sekiranya beliau telah sama-sama menyertai program rondaan tersebut, saya ucapkan jutaan terima kasih kerana telah sanggup memberi masa dan mengambil tanggungjawab ini demi menjaga keselamatan taman perumahan bersama.
Dan sebagaimana komen seterusnya tentang apakan tindakan KRT terhadap kejadian pecah rumah tempuhari. Dalam hal ini kami tidak dapat memberi komen kerana bidang kuasa KRT hanyalah sekadar membuat kawalan dan pencegahan sahaja, selebihnya adalah bidang kuasa pihak polis yang akan membuat siasatan yang seterusnya. Pihak kami juga merasa simpati atas kejadian tersebut terutama pada mangsa yang terlibat. Sebab itulah pihak kami dari awal lagi menyeru supaya seluruh penduduk taman ini sama-samalah bergading bahu untuk mengatasi dari kejadian-kejadian seperti yang telah berlaku. Jangan hanya semata-mata melepaskan tugas begini diatas bahu sebahagian orang saja, kerana pihak kami tidak akan termampu untuk memikul semuanya.
Saya tidak berniat untuk mencetuskan rasa tidak puashati pembaca terhadap tulisan saya ini, malah tidak pula untuk mengeruhkan lagi keadaan. Secara umumnya maksud saya di sini sekurang-kurangnya ada yang tersedar dan memikir tentang kesilapan yang boleh diperbaiki. Manusia biasa memang tidak lepas melakukan kesilapan, begitu juga dengan saya tidak ada yang sempurna. Tapi bagi yang menghantar komen yang sengaja hendak cabar-mencabar minta hentilah niat tersebut saya tak berhasrat untuk menjadi seorang pahlawan. Sekian terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan