JAWATANKUASA KRT Perumahan Balok Permai dengan kerjasama pihak Jawatankuasa Surau akan menganjurkan program membuat bubur assyura. Program ini juga telah dianjurkan seperti mana pada tahun yang lepas. Mengikut ketetapan mesyuarat program membuat bubur assyura tahun ini akan di adakan pada 10 Januari 2010 bersamaan 24 Muharram 1431 pada hari Ahad. Ianya akan bermula dari pukul 9.00 pagi dan bertempat di perkarangan Surau Perumahan Balok Permai. Semua penduduk taman perumahan Balok Permai dengan hormatnya dijemput untuk turut serta bagi melancarkan kerja-kerja menggacau bubur asyura dan menjayakan pogram ini.
Dijangkakan sebanyak empat kawah seperti juga tahun lepas akan dibuat pada tahun ini. Pihak KRT juga akan mengadakan jamuan makan tengahari untuk petugas-petugas dan orang ramai yang datang membantu pada hari tersebut. Agihan assyura untuk setiap rumah dijangka akan dibuat pada sebelah petang dan diminta penduduk taman ini datang mengambilnya di surau. Pihak Jawatankuasa KRT sekali lagi menyeru supaya pihak penduduk di sini tidak ketinggalan meluangkan masa untuk bersama memeriahkan program ini disamping membina kekuatan ukhuwwah sesama kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan