a

Selasa, November 10, 2009

Telekom Malaysia (TM) Bersama Masyarakat Balok Permai

Fiesta Festival Hujung Tahun Telekom Malaysia (TM) bersama masyarakat di Perumahan Balok Permai, yang berlangsung pada hari Ahad 8 Nov 2009 telah berjalan lancar dalam keadaan cuaca yang baik.

Walaupun sambutan dikalangan penduduk terutama pihak ibu bapa agak kurang memuaskan namun kehadiran anak-anak telah menceriakan suasana dengan aktiviti yang telah disediakan oleh pihak TM. Program yang bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang. 

Kerja-Kerja Promosi oleh Pihak TM 
Pihak TM telah menjalankan promosi pada hari tersebut untuk mendaftar nama penduduk yang ingin membuat langganan talian tetap atau streamyx dengan pakej yang sangat menarik. Promosi TM ini juga dibuat sempena pelancaran sistem talian yang baru disiapkan, yang mana sebelum ini talian tetap TM belum dibekalkan lagi keperumahan ini.
Pada hari tersebut program sukaneka untuk anak-anak penduduk di sini juga telah diadakan. Program ini dikendalikan sendiri oleh Pengerusi KRT Balok Permai iaitu saudara Ahmad Sufian. Hadiah yang berupakan cederahati telah disediakan oleh pihak TM untuk mereka yang menang dalam sukaneka tersebut.

Gambar Aktiviti Sukaneka

Kerja-kerja gotong royong bagi penyediaan makanan tengahari untuk program TM ini telah dibuat oleh penduduk tempatan, yang telah diketuai oleh tukang masak saudara Pak Lee. Menu masakan pada hari tersebut ialah nasi minyak beriani dengan ayam masak kari.

Gambar Menyediakan Jamuan Tengahari.
 Program TM diserikan lagi dengan majlis penyampaian cenderahati kepada anak-anak yang menang dalam sukaneka. Disamping itu juga penyampaian cenderahati kepada penduduk yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program TM ini. Cenderahati telah disampaikan oleh Pengurus Besar TM Pahang iaitu Dato'Wan Danial yang sudi meluangkan masa dalam program tersebut, dengan diiringi oleh Pengerusi KRT Balok Permai Ahmad Sufian Rajab.
 
Gambar Penyampaian Cenderahati Pengurus Besar TM Pahang Dato'Wan Danial .


 

Tiada ulasan: