a

Isnin, November 23, 2009

Program Bumi Hijau

Encik Irahuddin pegawai pertanian yang berbaju putih sedang memberi penerangan kepada peserta Bumi Hijau. 
 
Program BUMI HIJAU yang dianjurkan oleh pihak KRT Balok Permai di bawah kelolaan Jabatan Pertanian Daerah Kuantan telah diadakan pada hari Ahad 22/11/09 di Surau Balok permai. Majlis penerangan dan penyerahan peralatan serta benih tanaman telah disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Pertanian Daerah Kuantan. 
 
Tujuan program diadakan untuk menarik minat terutama penduduk Balok Permai kepada kearah pertanian secara polybag di kawasan kediaman masing-masing. Seramai 40 peserta kebanyakan kaum ibu telah memberi nama untuk menyertai program tersebut. Puan Zaharah merupakan penduduk tetap di sini yang mula mencetuskan idea membuka ruang untuk menganjurkan program Bumi Hijau di bawah aktiviti KRT Balok Permai. Beliau yang pernah menganjurkan program ini semasa beliau tinggal di perumahan Balok Maju. Konsep penanaman yang ingin diperkenalkan pada mulanya adalah secara berkelompok. 
 
Namun disebabkan tidak ada tempat penanaman tersebut pihak Jabatan mengsyorkan supaya menanam disekitar kawasan rumah sendiri menggunakan polybag. Program pertama yang diperkenalkan ini adalah sebagai langkah percubaan, dan sekiranya diperingkat ini berjaya pihak jabatan akan membuka ruang untuk mereka yang lain pula menyertai program Bumi Hijau ini. Mengasingkan peralatan untuk dibahagikan kepada para peserta-peserta.

Tiada ulasan: