a

Khamis, Oktober 08, 2009

Makluman Program Jamuan Hari Raya 2009

KRT BALOK PERMAI beserta penduduk akan mengadakan majlis jamuan hari raya di taman perumahan ini, yang mana tarikhnya masih belum diputuskan lagi. Majlis ini merupakan program tahunan KRT yang telah dilaksanakan seperti tahun lepas. Pada tahun lepas program ini telah dianjurkan bersama dengan pihak surau perumahan Balok Permai. 

Mesyuarat bagi mengadakan majlis tersebut akan dibuat pada minggu hadapan disamping untuk membincangkan program-program yang masih tertangguh dan terbengkalai. Pihak pengurusan akan menghubungi untuk memaklumkan tarikh mesyuarat tersebut. Program jamuan hari raya kali ini mungkin dibuat secara sederhana sahaja, namun diharap ianya akan mendapat sambutan dari pihak penduduk setempat. 

Memandangkan pada tahun ini pihak KRT tidak banyak mengadakan aktiviti program keramaian, besar harapan kami semoga kali ini ianya akan merapatkan kembali hubungan kemesraan sesama penduduk. Selain dari mengadakan majlis tersebut, menurut pengerusi KRT Balok Permai saudara Ahmad Sufian, beliau telah bercadang untuk menubuhkan pasukan RELA di sini dan proses penubuhan tersebut masih dalam perbincangan dengan pihak berkenaan. 

Manakala pasukan Rakan COP yang telah dicadangkan penubuhannya oleh ketua Pondok polis Balok iaitu Encik Isa dalam satu mesyuarat bersama KRT baru-baru ini telah pun dibuka penyertaannya kepada penduduk Balok Permai yang berminat untuk menyertainya. Mereka yang berminat untuk menyertai Rakan COP diminta menyerahkan salinan Maycard dan tiga keping gambar kepada setiausaha KRT Balok Permai untuk diproses menjadi ahli. 

Antara lain tujuan penubuhan Rakan COP di sini jelas beliau untuk membantu pihak polis dalam mencegah kejadian jenayah, disamping untuk membantu sekiranya diperlukan semasa membuat sekatan jalan raya bersama pihak polis terutama semasa malam cuti tahun baru dan malam kemerdekaan. 

Menurut Ahmad Sufian lagi majlis perasmian untuk penubuhan pasukan tersebut dijangka akan dibuat sekiranya mendapat sambutan dari pihak penduduk Balok Permai.. Pasukan Bomba sukarela yang telah lama dirancang untuk ditubuhkan di sini masih lagi tertangguh kerana kita masih lagi tidak mempunyai tempat untuk simpanan barangan Bomba tersebut. Beliau telah berusaha untuk mendapatkan sponser sebuah kabin untuk dijadikan stor barangan bomba dan bilik gerakan untuk aktiviti KRT di sini.

Tiada ulasan: