Selasa, Oktober 06, 2009
Mohon Kerjasama.
Sebagai pengendali blog ini, sekali lagi saya memohon maaf kepada anda semua supaya menghentikan lah segala komen yang boleh merosakkan dan merenggangkan hubungan.
Pada saya Blog KRT Balok Permai ini bukan satu tempat untuk melepas perasaan marah dan rasa tidak puashati yang keterlaluan.
Fikirlah secara rasional untuk menghantar komen sekurang-kurangnya komen yang boleh memberi kebaikan untuk semua.
Hentam menghentam bukan cara kita untuk menyelesaikan pemasalahan, kerana tidak ada keikhlasan. Hari ini ibarat baling batu sembunyi tangan dengan memberi berbagai nama dan sebutan, supaya orang tidak mengenali kita. Sehubungan itu akan timbullah berbagai tanggapan dan sangkaan buruk apatah lagi terhadap orang yang tidak ada kena mengena dalam hal ini akan terbabit sama.
Terus terang saya katakan kalau benar ikhlas atas komen tersebut perkenalkan diri, biar semua orang tahu siapa anda dan apa yang anda suarakan. Tidak perlu menjadi jaguh sebagai batu api hanya semata-mata untuk melihat keadaan menjadi retak dan bersangkaan buruk.
Hari ini sekali lagi Ustaz Rosli menghantar email kepada saya memohon supaya pihak yang tidak berpuashati sila merujuk kepada beliau dan tidak perlu membuat sebarang komen di sini dan beliau menyertakan sekali email dan alamat blog beliau.
Nama : Rosli Bin Ahmad
Email : walibalok@yahoo.com
Alamat : No 7 , lorong 11
http:// ustazrosliblogspot.com
Sila berikan sebarang cadangan @ aduan anda di sini. Assalamualaikum...
kepada semua pihak yang masih keliru dan menerima maklumat yang salah @ salah faham ucapan ceramah saya , sekali lagi saya minta datanglah berjumpa dengan saya...dalam blog ni dalam ruangan " shoutmix" tulisan dan komen saya tidak disiarkan...tak tahulah kesilapan di mana...yang penting jangan sesiapa libatkan orang yang tak bersangkut paut dengan isu ini nanti keadaan semakin rumit....
--
Date/Time: 2009-10-05 21:43:12 PDT
Sender IP: 60.53.56.40 [Malaysia] | k11rqygjctilusuk
Referrer: http://balokpermai.blogspot.com/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan