a

Jumaat, Julai 24, 2009

Dua beradik maut selepas ragut wanita

SHAH ALAM 23 Julai - Jenayah ragut yang dilakukan pasangan adik beradik akhirnya mengundang padah buat mereka sendiri. Selepas meragut seorang mangsa wanita di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kerjaya, di sini, kedua-dua mereka maut dalam kemalangan. 

Kemalangan berlaku kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian apabila motosikal mereka merempuh sebuah teksi di Jalan Persiaran Subang pukul 4.45 petang ini. Kedua-dua suspek berusia masing-masing berumur 25 dan 30 tahun, parah selepas terbabit dalam kemalangan itu ketika cuba melarikan diri di Jalan Batu Tiga Lama. Salah seorang daripada mereka tercampak ke dalam semak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian. Seorang lagi suspek meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin berkata, kedua-dua mereka berasal dari Sungai Burong, Sekinchan dipercayai mengekori mangsa, Junaili Abdul Hamid, 43, ketika mangsa dalam perjalanan dari tempat kerja menuju ke rumahnya di Seksyen 13. 

Katanya, ketika berhenti di lampu isyarat itu, suspek bertindak memecahkan tingkap depan kereta mangsa menggunakan topi keledar sebelum melarikan beg tangan yang diletakkan di tempat duduk sebelah pemandu. "Mangsa merupakan pekerja di RHB Insurance, Kuala Lumpur memandu Mercedez Benz CLK 200 terkejut dengan kejadian itu tetapi dia kemudian mengejar suspek sehingga ke Jalan Batu Tiga Lama. "Sebaik sahaja tiba di jalan besar, motosikal suspek merempuh bahagian belakang sebuah teksi menyebabkan mereka melambung sejauh 50 meter," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info

1 ulasan:

un berkata...

baguslah sudah mati..
tak de guna pun kalau hidup.
menyusahkan orang..ha3