Al-Kisahnya "BALOK PERMAI" begitulah salah satu nama antara nama yang terdapat di Kampung Balok, yang telah diberi jolokan kepada sebuah Taman Perumahan yang masyarakatnya terdiri dari golongan orang Melayu kesemuanya. Dalam perkiraan secara rambang jumlah penduduknya hampir 400 orang dan keadaan hamba rakyatnya yang mendiami perumahan ini, tergolong dari berbagai taraf dan kedudukan disegi ekonomi dan sosial. Ada yang berjawatan tinggi, sederhana, rendah dan ada yang berkerja sendiri.
Malah taraf ekonomi yang berbeza ini, tidak menghalang dan tidak menjadi jurang pemisah antara satu sama lain. Kehidupan harian hamba rakyatnya cukup bahagia sekali. Sikap tolong menolong sesama masyarakat di sini cuba diterapkan dari awal-awal lagi. Segala pemasalahan diselesaikan bersama. Sekiranya ada diantara hamba rakyat yang ditimpa musibah hamba rakyat lain pun akan turut bersimpati malah kalau ada yang memerlu bantuan, dibantunya bersama tanpa berkira.
Dapat dilihat bila diadakan satu-satu program kemasyarakatan, seperti gotong royong maka akan berduyong-duyonglah sekelian hamba rakyatnya akan keluar turut menyertai dan membantu tanpa ada rasa jauh dihati. Pendek kata setiap kerja untuk masyarakat umum, hamba rakyatnya sanggup dan bersedia membuat secara gotong-royong. Amalan terpuji inilah yang membawa Balok Permai ini bagaikan seindah namanya.
Bila setiap kali diadakan majlis mengajar ilmu di surau, maka berpakatlah sekalian hamba rakyat untuk membuat giliran masing-masing, bagi setiap lorong mengadakan majlis jamuan di surau. Selesai menadah ilmu maka sama-samalah menjamu selera.Bukan jamuan itu yang hendak ditonjolkan tapi kemuafakatan hubungan antara hamba rakyat bagaikan adik beradik.Tidak ada pertelingkahan yang boleh merenggamkan hubungan. Masing-masing hamba rakyat pandai menyesuaikan diri dan pandai menjaga hati.
Disegi keselamatan kampung. Hamba rakyatnya sangat patuh kepada peraturan. Tugasan menjaga dan mengawal dari penyangat-penyangat luar dari mencerobohi kampong halaman tetap dijaga. Setiap malam hamba rakyat yang mulia hatinya, sanggup bersekam mata, berembun dan berhujan tanpa diberi apa-apa upahan atau balasan, sanggup berjaga dan mengawal dimalam hari semata-mata untuk memberi keselesaan kepada hamba rakyat yang lain.
Tidak terkira besarnya pengorbanan yang diberi oleh hamba rakyat ini. Sesungguhnya untuk membina kekuatan ukhuwah dan menyatu padu antara semua hamba rakyat, sebenarnya tiada formula khusus melainkan berpegang teguh kepada tali agama Allah secara ikhlas, itulah yang paling utama. Dahulukanlah kepentingan umum daripada kepentingan peribadi. Perlu kepada perubahan sikap iatu memahami dan menjaga hati hamba rakyat agar tidak ada yang terluka. Berusahalah secara ikhlas untuk memenangi hati hamba rakyat, kerana hamba rakyat inilah yang akan melihat dan menilai kesungguhannya.
Sekiranya dihati tersimpan niat keikhlasan kerana Allah demi untuk kebaikan masyarakat umum, sesugguhnya Allah SWT akan tetap membantu dan tidak akan menghampakan doanya tersebut. Bersabarlah kerana Allah.... dalam menghancurkan sifat-sifat mazmumah dalam diri kita. Sesungguhnya sifat inilah yang akan merosak keperibadian kita sendiri.
Buatlah satu-satu keputusan dengan cara yang terbaik dan fikirlah natijah dari keputusan itu untuk masa yang akan mendatang. Begitulah antara sebahagian daripada lakaran cerita pendek, tentang keindahan Balok Permai dengan masyarakat hamba rakyatnya yang harmoni. Selain daripada keadaan hamba rakyatnya yang bersatu.
Masyarakat Balok Permai ini mempunyai kegemaran tersendiri dimasa lapang. Salah satu kegemarannya suka bertani. Menanam sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri, setidaknya meringankan beban dari belanja harian dapur yang semakin meningkat. Kata pepatah melayu berbudi pada tanah kita akan dapat hasilnya. Dengan adanya sedikit tanah lapang iaitu rezab dari tanah sungai,
Sekelian hamba rakyat yang berminat telah mengambil peluang berusaha dan menanam perbagai tanaman di atas tanah tersebut dan kini telah mula menampakkan hasilnya. Suasana begini nampaknya begitu indah sekali, bila saja waktu petang akan nampak lah pak tani di kebun masing-masing, ada yang mengutip hasil dan ada yang menanam baru. Suasana begini jarang sekali dilihat di perumahan lain. Begitulah indahnya Balok Permai bagaikan seindah nama yang diberikan untuknya. Sama-sama lah kita menjaganya dan mengekalkan kesejahteraan ini. Insya Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan