a

Isnin, Jun 29, 2009

Terkenang masa-masa yang lalu

Sorotan gambar kenangan sepanjang tahun 2008 dan awal tahun 2009 ketika mengadakan program kemasyarakatan untuk penduduk taman perumahan Balok Permai yang anjurkan oleh pihak Jawatankuasa KRT Balok Permai dan Surau.
Gambar (1)di atas diambil semasa mengadakan program gotong royong membina pondok KRT. Gambar (2) & (3)di atas Pihak KRT B.Permai menghulurkan sedikit sumbangan kepada ibu tunggal sempena menyambut hari raya Aidilfitri tahun 2008 oleh Timb. Pengerusi KRT Balok Permai. saudara Hisyam. Gambar (4) & (5)di atas menyediakan persiapan memasak oleh kaum muslimat untuk program berbuka puasa bagi penduduk taman ini di surau Balok Permai. Gambar(6) & (7)di atas pihak jawatankuasa surau menghulurkan sedikit sumbangan kepada Imam Tahfiz yang mengimami Solat Terawih di Surau Balok Permai bulan Ramadhan 2008. Gambar (8)di atas Pengerusi KRT Balok Permai menghulurkan sedikit sumbangan kepada seorang ahli rondaan SRS yang telah ditimpa musibah tempat kerja dibulan Ramadhan hasil daripada kutipan sumbangan penduduk taman ini. Gambar (9) & (10)di atas jamuan hari raya Idulfitri 2008 dan beramah mesra dengan semua penduduk taman Balok Permai anjuran KRT. Gambar (11) di atas majlis penerimaan seekor lembu yang disumbang oleh pihak pemaju perumahan ini (PASDEC) untuk majlis jamuan makan bagi penduduk Perumahan Balok Permai. Gambar (12) & (13) di atas program gotong royong membina tempat letak tangki air untuk surau perumahan Balok Permai. Gambar (14) di atas seorang penduduk memanjat tiang dalam ketinggian 40 kaki lebih untuk membaiki pembesar suara bagi kegunaan surau. Gambar (15) & (16) di atas majlis mesyuarat agung pemilihan jawatankuasa KRT dan Surau pada Januari 2009. Gambar (17) & (18) di atas majlis membuat bubur asyura anjuran bersama KRT dan Surau Balok Permai.

Tiada ulasan: