a
Memaparkan catatan dengan label Artikal Sebelumnya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artikal Sebelumnya. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 13, 2009

Tarikh lihat anak bulan Ramadan 20 Ogos

Tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Khamis 20 Ogos ini. 
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, sebanyak 29 tempat di seluruh negara telah ditetapkan bagi tujuan itu. Tempat berkenaan ialah di Pontian Kecil Johor; Balai Cerap Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Pulau Angsa, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak; Pantai Acheh Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah; Pemandangan Indah,Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu; Bukit Kemuning, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Setiu, Terengganu. Bukit Peraksi Pasir Puteh, Kelantan; Bukit Kampung Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kula Krai Kelantan; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan; Tanjung Lubang Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching Sarawak; Tanjung Batu, Bintulu Sarawak. sumber:Berita Harian

Isnin, Ogos 10, 2009

Kes Kematian H1N1 Makin Meningkat

KUALA LUMPUR: Sembilan lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) disahkan di seluruh negara semalam, menjadikan angka korban wabak itu meningkat kepada 27 orang - satu keadaan yang disifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai semakin meruncing.  

Berikutan itu, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kesihatan dan Jawatankuasa Influenza Antara Kementerian yang dipengerusikan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini bagi merumuskan langkah terbaik untuk mengawal penularan virus itu. "Kita boleh bertindak drastik seperti membatalkan semua perhimpunan awam, tetapi banyak keperluan yang kita harus ambil kira sebelum buat keputusan seumpamanya. Sumber B.Harian Online.

Sabtu, Ogos 08, 2009

H1N1 Semakin Mengganas

2 lagi kematian akibat H1N1 dilaporkan, menjadikan angka kematian meningkat kepada 18. Kematian ke-17, adalah seorang kanak-kanak berumur satu tahun empat bulan dan mempunyai sejarah penyakit Hypothyroidism dan sedang dalam rawatan. Beliau mula menghidap gejala demam, batuk dan selsema pada 28/7/09 namun tidak mendapatkan rawatan di klinik.

Beliau hanya berjumpa doktor klinik swasta pada 2/8/09 dan terus dirujuk ke hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu pada hari yang sama kerana muntah, kurang selera makan dan sukar bernafas. Pesakit disahkan positif influenza A(H1N1) pada 4/8/09.

Selepas lima hari berada di hospital, pesakit menjadi lebih teruk dengan gejala ‘drowsiness, lethargy dan altered consciousness’ dan dipindahkan ke wad rawatan rapi dengan bantuan pernafasan pada 6/8/09. Walau bagaimanapun keesokkan harinya keadaan pesakit menjadi teruk dan meninggal dunia pada 7/8/09 akibat ‘severe pneumonia with underlying H1N1 infection’.  

Kes yang ke-18 ialah seorang lelaki berumur 63 tahun (pengidap Asma dan sejarah penyakit Tibi), dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Selayang pada 2/8/09 kerana sesak nafas teruk. Beliau disahkan positif H1N1 dan Tibi pada 4/8/09. Beliau meninggal dunia pada 6/08/09 disebabkan oleh ‘Severe Pneumonia with positif influenza A(H1N1) with underlying pulmonary TB’. Si-mati mula mendapat demam, batuk dan selsema sejak 29/7/09 dan telah mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 31/7/09 sebelum dirujuk ke Hospital Selayang. - sumber : H1N1 | Kementerian Kesihatan Malaysia

Selasa, Ogos 04, 2009

Bom, Kompleks Mahkamah Kuantan Gempar

KUANTAN [11.45 am] - Keadaan Kompleks Mahkamah di sini gempar seketika apabila polis menerima panggilan memaklum ancaman bom terhadap bangunan terbabit.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, (foto), berkata panggilan terbabit dibuat seorang lelaki yang menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah kira-kira jam 9.18 pagi. Beliau berkata, susulan panggilan berkenaan polis mengarahkan kira-kira 100 orang yang berada di dalam kompleks terbabit segera meninggalkan bangunan. Bagaimanapun selepas pemeriksaan dilakukan hampir satu jam, tiada bom ditemui dan polis membenarkan kompleks itu dimasuki semula jam 11.30 pagi. sumber dari pahangdaily

Selasa, Jun 16, 2009

9 Sebab-Sebab Hati Tidak Bahagia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah : 1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang. 2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. 3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. 4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia 5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. 6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..) 7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. 8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada.. 9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan Kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam"