Oleh itu kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kaum ibu yang terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis jamuan hari raya anjuran KRT dan penduduk Balok Permai tempoh hari. Disamping itu juga kami tidak lupa kepada tukang masak pro kita iaitu saudara Pak Li yang telah menyediakan menu masakan utama nasi minyak ala-ala nasi beriani dan ayam berempah untuk jamuan dihari tersebut.
Apa yang difahamkan ramai tetamu yang berpuas hati dengan masakan yang disediakan. Mungkin Insya Allah pada masa akan datang kita akan memohon khidmat beliau lagi untuk tugasan sebagai juru masak kiranya beliau tidak keberatan.
Berikutnya gambar-gambar yang diambil dihari tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan