a

Selasa, Ogos 18, 2009

Dua Lagi Kematian Dilapurkan.

BUKIT MERTAJAM - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebanyak dua kematian akibat wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) dilaporkan di negara ini hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkatkan kepada 64 kes.

Katanya, sebanyak 33 pesakit masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital seluruh negara manakala 284 pesakit dirawat di wad biasa. "Sehingga hari ini, jumlah kes terkumpul akibat jangkitan H1N1 di Malaysia adalah 4,225 kes," katanya pada sidang akhbar di luar pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN), Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), di sini

Tiada ulasan: