a

Selasa, Julai 14, 2009

Program Jiranita KRT B. Permai

PROGRAM BACAAN YASSIN dari rumah ke rumah yang dianjurkan oleh Biro Jiranita KRT Balok Permai telah mula mendapat sambutan. Bermula pada awal Febuari 2009, sehingga kini program ini masih lagi diteruskan dan diadakan sebanyak dua kali sebulan. Ianya dibuat secara bergilir rumah ke rumah mengikut penetapan yang telah dipersetujui. Tujuan utama mengadakan majlis sebegini adalah semata-mata untuk memohon keberkatan Allah SWT di atas kelebihan dan fadhilat bacaan Yasin tersebut, disamping itu juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dapat berkenal-kenalan dan merapatkan lagi hubungan antara kaum ibu di sini. 

Pada kebiasaan program ini dibuat pada hari cuti hujung minggu iaitu hari Ahad bermula dari jam tiga petang. Selain diketuai oleh ketua Biro Jiranita KRT Balok Permai sendiri yang mengepalai program ini, Ustazah dari luar juga kadang ada dijemput bagi mengepalai program bacaan Yasin ini. Bagi mengisi tabung program tersebut sebanyak sepuluh ringgit telah dikutip dari setiap rumah yang ingin menyertainya, ini bertujuan sekadar untuk menyediakan sedikit sarapan atau juadah selepas berakhirnya program tersebut.Walaupun program ini masih lagi belum meluas keseluruh Taman Perumahan Balok Permai, namun hasrat dan harapan Biro Jiranita KRT Balok Permai akan terus berusaha untuk menjayakan program ini keseluruh rumah perumahan Balok Permai dan akan bersedia menjadikan sebagai amalan tradisi penghuni Balok Permai. 
Pada 12/07/09 Ahad program bacaan Yasin telah dibuat di rumah Pengerusi KRT Balok Permai iaitu Saudara Ahmad Sufian. Program ini telah dikepalai oleh Ustazah dari luar Perumahan Balok Permai. Beberapa foto yang telah diambil pada program tersebut untuk tatapan penghuni perumahan Balok Permai.

Tiada ulasan: