SUDAH SATU TAHUN lebih Skim Rondaan Sukarela (SRS) berjalan dan dilaksanakan di perumahan Balok Permai ini. Biarpun statusnya tidak berdaftar dengan pihak Jabatan Perpaduan Negara tapi tanggungjawab untuk menjaga taman perumahan sendiri tetap dilaksanakan juga.
Ianya bermula selepas mengadakan perjumpaan pertama penduduk pada bulan Mac 2008.Sehingga hari ini kerja-kerja rondaan masih diteruskan lagi. Diperingkat permulaan hanya tiga kumpulan saja dibentuk, menjalankan rondaan secara bergilir-gilir untuk satu malam satu kumpulan.Pada peringkat ini saya menganggotai kumpulan 3 yang ketuai oleh saudara Zulkifli.Rondaan bermula pukul 12.00 malam dan hanya berakhir pukul 2.00 pagi saja.
Setiap anggota kumpulan ahlinya tidak kurang dari sepuluh orang.Namun ada juga kumpulan yang telah melebihi anggota sehingga mencecah bebelas orang. Mungkin disebabkan ada daya penarik pada satu-satu kumpulan menyebabkan ramai pengikut menganggotai kumpulan tersebut. Anggota kumpulan yang paling ramai ketika itu ialah kumpulan 3 sehingga mencecah bebelas orang. Semangat meronda yang tersemat pada jiwa ahli-ahli ketika ini cukup kuat.
Berkumpul seawal pukul 11.30 malam lagi dan meronda secara berkumpulan dengan hanya berjalan kaki saja, disetiap lorong dan jalan yang terdapat dalam taman perumahan ini.Kami merasa cukup seronok ketika itu. Berbagai telatah dan ragam sekurang-kurangnya dapat menghilangkan kepenatan dan mengantuk. Pondok ataupun surau menjadi pengkalan utama kami.Kopi o panas sebagai pembasah tengkok, menghilangkan mengantuk tidak pernah kami lupakan.Itulah rutin program rondaan kami setiap malam.
Sepanjang membuat rondaan berjaga malam diperingkat ini, rasanya tidak ada kes yang besar berlaku, hanya satu dua kes yang melibatkan orang luar yang datang menyewa dan bersekedudukan pula. Dan ada juga kes tersalah membuat serbuan mungkin disebabkan tersalah menerima matlumat. Alhamdulillah dengan keizinan Allah SWT sepanjang tempoh menjalankan rondaan tersebut, telah terhindar kes-kes jenayah yang tidak diingini dalam taman perumahan ini.
Rugutan antara kumpulan telah mula kedengaran, supaya mengadakan mesyuarat untuk menambahkan jumlah kumpulan, terutama kumpulan yang ramai ahlinya perlu dipecahkan. Di sini kumpulan ketigalah yang menjadi sasaran.
Ahli kumpulan tiga telah dipecah dua dan terbentuklah pula kepada empat kumpulan.Saya telah terpilih menganggotai kumpulan empat yang diketuai oleh saudara Safarin.
Tidak cukup setakat empat kumpulan saja, sekali lagi mesyuarat dibuat untuk menambah
kumpulan.Kumpulan sasaran yang dipecah ialah kumpulan yang mempunyai ahlinya ramai iaitu kumpulan tiga dan empat.
Pecahan kali ini telah membentuk dua kumpulan iaitu kumpulan lima dan enam.Sehingga kehari ini enam kumpulan tersebut masih kekal membuat rondaan tapi telah dilanjutkan masa rondaan 12.00 malam sehingga 4.00 pagi.
Enam kumpulan bergilir setiap satu malam satu kumpulan. Tidak ada lagi kedengaran kumpulan yang ramai ahli. Apa yang didengar kehadiran ahli agak merosot. Mengapa sebab begitu? Sudah tidak ada lagikan semangat muafakat penghuni Balok Permai untuk keluar membuat rondaan?
Sepanjang pengamatan saya, sejak dari awal membuat rondaan sehinggalah sekarang, kalau dulu orangnya sama meronda begitulah hari ini orangnya tetap sama tak berubah, Tapi kalau dulu orangnya tak pernah menyertai rondaan, sekarang pun tetap sama, bertambah liat dulu kini dan selamanya.
Ketahuilah, penduduk taman ini bukannya 50 orang, malah lebih dari 400 orang.Tetapi kemana mereka ini? setengah dari mereka tidak sanggup untuk mengambil tanggungjawab seperti ini. Mereka lebih senang dan sayang untuk peluk bini di rumah dari turut serta sekurang-kurangnya sekali untuk sebulan. Apa yang ada dalam fikiran mereka orang-orang seperti ini, merasa seolah-olah menganggap bukan tanggungjawab dan bukan sebahagian kerja mereka.
Sebenarnya tanggungjawab untuk membuat rondaan malam di kawasan perumahan sendiri bukannya terletak di atas bahu seseorang saja, malah semua harus turut serta. Sebenarnya tidak ada alasan untuk mengelak dari menyertai kumpulan rondaan.Semuanya harus mengambil bahagian. Tapi disebabkan sikap kita sendiri, tidak suka mengambil tanggungjawab dan tidak mempunyai perasaan terhadap orang-orang yang sanggup bersengkam mata untuk kepentingan kawasan perumahan kita sendiri. Lalu kita hanya memandang sebelah mata saja.
Inilah jenis manusia jika ada penyamun yang datang menyamun rumah mereka, jangan sekali-kali pergi menolongnya. Pandai-pandailah atasi sendiri. Sememangnya manusia yang bersikap bebal, mereka tidak akan mengendah aktiviti-aktiviti seperti ini, Malah mereka boleh kata, yang kamu rajin ronda apa yang kamu dapat selain dari mengantuk. Betul kata mereka, sebab itulah mereka lebih suka berada di rumah, berseronok-seronok daripada berembun di tepi jalan.
Tapi mereka harus ingat dengan adanya dua tiga kerat inilah yang berjaga malam, kamu boleh basahkan cadar hingga kepagi, dengan aman tanpa diganggu. Tidakkah kamu mengambil iktibar dari perumahan-perumahan berhampiran, yang ahli penduduknya jarang mengadakan rondaan dan berjaga disebelah malam. Penyamun datang memecahkan pintu belakang menggunakan ton gas dan menyerbu masuk mengikat kamu dan anak isteri kamu, lalu meletakan pisau ditengkuk kamu atau anak isteri kamu,meminta supaya kamu menyerah segala barang berharga yang kamu ada. Apa yang kamu harus buat disaat itu!! apakah selepas itu baru kamu sedar dan sanggup untuk keluar meronda sehingga pagi untuk tiap-tiap malam. Jawablah sendiri.
Baru-baru ini kita ada mengambil nama untuk peserta-peserta di perumahan ini, yang ingin mengikuti rondaan SRS yang berdaftar dengan pihak Jabatan Perpaduan Negara. Setiap ahli yang berdaftar akan dilindungi insuran sekiranya berlaku kemalangan di mana saja sepanjang masa 24 jam. Apa yang kita dapat, ramai pula yang memberi nama untuk menyertainya.Apa matlamat sebenar mereka ni? macam ada udang disebalik mee.Harap-harap adalah keikhlasnya. Terima kasih.
1 ulasan:
Koi turun weh
Catat Ulasan