
Program bersepadu anjuran Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) taman perumahan tersebut turut mendapat kerjasama agensi kerajaan iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Gebeng dan Majlis Perbandaran Kuantan. Pengerusinya, Ahmad Suffian Abd. Rajab berkata, selain mencegah wabak penyakit tersebut, aktiviti tahunan itu mampu mengeratkan hubungan sesama penduduk.

Gotong Royong kali ke2 yang dianjurkan oleh pihak Jawatankuasa KRT untuk membersih kawasan sekitar perumahan Balok Permai ini telah diadakan pada 8 Mac 2009.
Program gotong royong bersepadu kali ini membawa tema berbunyi................... "Mencegah Denggi dan Penyakit chikugunya" Di sini beberapa keping koleksi gambar yang diambil menggunakan kamera handfone yang mana dengan bantuan pihak Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Gebeng yang turut bersama penduduk membantu membersihkan longkang besar yang tersumbat dengan menggunakan semburan alatan pili bomba.










Tiada ulasan:
Catat Ulasan