Aktiviti gotong royong bersepadu, membersih kawasan taman perumahan ini turut melibatkan beberapa agensi lain seperti Majlis Pembandaran Kuantan (MPK),Jabatan Bomba Penyelamat dan Pihak Sukarelawan dari luar kawasan Balok Permai iaitu Unit Amal.
Sehubungan dengan matlamat tersebut, pihak Jawatankuasa KRT dan Jawatankuasa Surau telah memainkan peranan penting dalam masyarakat di awal tahun 2008. Jawatankuasa KRT dan Jawatankuasa Surau akan sentiasa berbincang bersama, setiap kali ingin mengadakan apa-apa aktiviti. Samaada aktiviti Surau atau aktiviti KRT. Ini bertujuan untuk mengelak dari belakunya pengasingan antara aktiviti Surau dengan aktiviti KRT.
Hidup dalam sekelompok masyarakat yang kecil seperti di taman perumahan begini, sensitiviti penduduk harus dijaga dan diutamakan. Kita tidak mahu ada dikalangan penduduk yang merasa dirinya terasing dan tersisih serta berkecil hati, akibat daripada tindakan dan pelaksanaan kita yang tidak menjuruskan kepada perpaduan masyarakat. Tanpa memberi peluang kepada mereka untuk mengkritik atau mengemukakan pandangan dan pendapat masing-masing.
Hasil daripada pelaksanan kerjasama antara penduduk secara terbuka bersama di kalangan Jawatankuasa KRT, kita lihat sekurang-kurangnya penduduk telah mengambil rasa tanggungjawab bersama, demi kepentingan taman perumahan ini juga. Alhamdulilah setiap aktiviti dan program yang dirancang dapat dilaksana dan berjalan dengan baik.
Jamuan makan tengahari disediakan kepada peserta gotong royong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan